Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, September 13, 2017

HOBI ATAS TALIAN


Korang rajin online?
Pasti ye..
Penggunaan gadget memang tak dinafikan rata2 memang keperluan sekalipun student sekolah rendah. Kat mana selalu online?
Kat rumah, dlm lrt, shopping complex, ofis..
Di mana2 je..ada je yang leka ngan gadget..
Ada yang larat mengadap dari pagi bawa ke malam..
Untuk apa?? Korang online apa?
Itu hak masing2..

Kat sini Annaz just nak syer je beberapa hobi yang menarik yang sesuai dijadikan aktiviti untuk menjana pendapatan di alam maya..

YOUTUBE
Ramai yang mencuba mengetengahkan bakat yang ada dalam diri di laman Youtube.. Macam2 ada la dalam tu. Seandainya video anda menarik, ia boleh meningkatkan jumlah tontonan dan seterusnya membuka ruang kepada pengiklanan video anda. Anda perlukan idea yang menarik, bijak mengubahsuai video, kretif dan mampu memukau penonton.

APLIKASI PERMAINAN
Permainan video turut mendapat perhatian terutama golongan remaja..Semakin lama semakin banyak diwujudkan permainan yang mencetuskan kelainan dalam pemilihan hobi remaja.

Walaupun remaja dilihat sebagai golongan yang aktif tapi ramai juga yang berminat kepada permainan digital. Aplikasi permainan di laman sosial malah di telefon pintar menerima peminat setiap hari dan berupaya berkembang luas sehingga mampu mewujudkan komuniti.



BLOG
Kepada sesiapa yang berminat kepada penulisan, blog adalah tempat untuk berkongsi pengalaman, maklumat2 terkini dan info2 berguna.

LAMAN WEB
Penciptaan laman web memerlukan pengetahuan yang luas. Sekiranya ada yang mempunyai kemahiran, ianya boleh dijadikan sebagai hobi dan kerja sambilan  yang boleh menjana pendapatan.

KELEBIHAN LAMAN SOSIAL

Sekiranya anda mempunyai masa yang banyak untuk melayari laman sosial, apa salahnya dijadikan satu hobi yang boleh menjana pendapatan. Ramai usahawan masa kini menggunakan laman sosial untuk mempromosi produk dan perkhidmatan yang mereka tawarkan. 

Sekiranya anda ingin memulakan langkah sebagai peniaga online, banyak tip2 yang kita boleh perolehi di laman web. Antara rajin dengan tidak je nak mencari. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Terpulang pada diri sendiri untuk memanfaatkan kemudahan yang ada dari melayari benda yang bukan2 lebih baik buat sesuatu yang berfaedah..

No comments:

Post a Comment