Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label bercuti. Show all posts
Showing posts with label bercuti. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Cuti-Cuti di Pulau Pinang - Hari Pertama


Musim cuti sekolah nie ramai yang merancang untuk membawa anak-anak makan angin. Masa nie lah nak meluangkan masa bersama keluarga dan merehatkan minda dari tekanan di tempat kerja.

Cuti sekolah kali nie, Annaz dan incik hubby telah membawa anak kesayangan kami dan keluarga mertua (sebelah suami) bercuti di Pulau Pinang. Kami memang teruja nak ke sana sebab kata orang seronok ke Pulau Pinang. Makanannya sedap-sedap.

Kebetulan hari Jumaat 24 Mei 2013 adalah cuti hari Wesak, jadi seawal pukul 5.00 pagi kami berangkat dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang. Firstly dalam kepada terbayang-bayang akan Jambatan Pulau Pinang.

Ha..tu dia Jambatan Pulau Pinang yang selama nak sangat-sangat melaluinya. Pemandangan yang memukau. Dalam kereta nie semua seronok.



Di sana, incik hubby dah booking satu unit kediaman di Apartment Sri Sari di Taman Sri Sari, Persiaran Paya Terubong. Memang susah nak dapatkan penginapan kosong di saat-saat akhir musim cuti sekolah nie. 

Disebabkan apartment belum tersedia untuk kami, lokasi pertama yang dituju ialah Taman Kota Lama yang terletaknya betul-betul di hadapan Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Di situ juga terdapat Fortwallis berbentuk bintang yang terletak di Timur Laut Pulau Pinang. Dibina oleh Kapten Francis Light pada tahun 1986 dengan menggunakan kayu nibong serta meliputi kawasan seluas 417.6 kaki persegi. Ia dinamakan sempena Gebenor Jeneral India pada masa itu.Tapi kami tak masuk pun kat Fortwallis tu. So tak ada gambar yang nak dikongsi bersama.


Pemandangan persisir pantai berhampiran memang menarik. Ombaknya kuat sehingga air laut memercik naik ke siarkaki. Alamatnya kalau tak berhati-hati, anda akan kebasahan. Masa kami sedang menikmati pemandangan laut nan luas tu, ada la satu group family dan anak-anaknya turut sama lepak di situ. Tetiba ombak kuat sehingga memercik air ke atas, abis kuyup. Kesian...
Jadinya, kami pun ber 'posing' la kat tepi tebing tu. Nak amik gambar berlatarkan percikan air. Cuak juga takut basah. Inilah hasilnya.. 






Setelah berehat-rehat di sana. Lunch time dah sampai. Tibalah masanya untuk mengisi perut yang dah berkeroncong. Apa-apa pun, makan dulu sebelum check in dan berehat di apartment penginapan. Incik hubby bawa kami ronda-ronda cari makan. Katanya nak cari Nasi Kandar Line Clear sebab kawan-kawan dia yang cadangkan untuk makan di sana. Kata mereka sedap.


Gambar nie amik dari Mr. Google jer...


 Huhuhu...perut dah berkeroncong nie...


Tu dia..makanan dah sampai. Jom makan..
   

 

Mmmm..makan dulu lah yer..

Boleh tahan juga makanan kat sini.. Apa lagi makan sampai kenyang sebelum balik ke tempat penginapan.




Saturday, April 27, 2013

Berehat di Port Dickson..

Cuti minggu nie tak ada apa-apa program. Aina merengek-rengek nak pergi jalan. Dah buntu nak ke mana, jadi kami planning ke Port Dickson jer..Kami menginap di Sunshine Bay ajer coz pantainya bersih dan tak lah dalam. Untuk budak-budak sebaya Aina boleh lah tu..

Annaz nak syer pemandangan yang sempat dirakam setibanya kami di sini...
Jom tengok  kat bawah nie...







Amacam? Cantik tak?
Memang menarik sangat. Gambar nie diambil dari tingkat 13, so semua boleh nampak...


Sunday, June 19, 2011

Jamu Selera Kat Medan Ikan Bakar, Pasir Panjang, Port Dickson

Sabtu lepas, 11 Jun 2011, Miss Annaz bercuti bersama keluarga mertua di Port Dickson. Cuti sekolah bawa anak bercuti. Menginap di Banglo 2 milik KWSP, Batu 10, Port Dickson..

Sekali cuti, 3 hari ddk sana. Cuti sakan. Tak nk bg mukadimah panjang2. Miss Annaz nk kongsi citer ttg Medan Ikan Bakar Kg Telok Pasir Panjang, Port Dickson. Kata biras ku kat situ sedap2 juadahnya. Apa salah mencuba..

Sementara menunggu makanan yg diorder siap, Miss Annaz amik kesempatan lepak n posing2 kat jeti..

Berlatarbelakangkan Medan Selera Ikan Bakar, Pasir Panjang

Best...anak n ayah



Dah abis posing2 kat jeti, skarang nie nk jamu selera. Makanan dh siap. Perut pun dh berkeroncong minta diisi...


Juadah ikan 3 rasa, tom yam campur, sotong goreng tepung, kailan ikan masin, ikan masak asam, siap dgn ulam lg...berselera masing2..al maklum lah, perut dh lapar..

Kengkawan bleh la cuba makanan di sana bila ke Port Dickson nanti..Pasti puas hati..


Saturday, April 24, 2010

Kat Pengkalan Balak


Hari nie aku n family menginap kat Asyraf Chelet, Pengkalan Balak, Masjid Tanah Melaka. Sewa murah dan berpatutan dan terletak di persisiran Pantai Pengkalan Balak. Kat sini juga kita berpeluang untuk melawat Pusat Pengurusan Penyu yag terletak tidak berapa jauh dari Asyraf Chelet.. Insyaallah, esok klu berpeluang, nak jugak menjengah ke situ.
Sebenarnya aku dah gian nak berblog nie..siap usung laptop sampai ke sini... Pengalaman di sini akan aku kongsi bersama anda...

Friday, April 23, 2010

SINGAPURA - Tempat Yang Ingin Dan Akan Dilawati


SINGAPURA - memang lama nak pergi, lagi pun ada orang yang ingin yang diziarah di sana... Orang kata negaranya bersih, undang-undang ketat dan setiap rakyatnya harus patuh...

Hujung bulan nie saya akan pergi..Tak sabar rasanya. Pasport dah buat, tiket dah booking, anak pun dah tak sabar-sabar nak pergi...Mungkin saya akan kongsi pengalaman kat sana.