Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label kulit. Show all posts
Showing posts with label kulit. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

Rawat kulit dengan scrub semulajadi

Kulit memerlukan rawatan supaya kelihatan remaja. Scrub merupakan rawatan yang membantu membuang sel kulit mati dan mengembalikan keremajaan kulit. Ia bukan sahaja menyegarkan, malah dapat meningkatkan perjalanan darah dan menegangkan kulit.

Bahan-bahan :

1 cawan oat
1/2 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan ground mustard
2 sudu makan daun ketumbar dihaluskan
3 sudu makan air mawar
1 cawan jus limau
1/2 cawan air

Cara membuatnya :

1.Campurkan semua bahan dalam satu bekas dan kacau rata.
2.Gosok campuran ini keseluruh tubuh dan wajah dalam gerakan yang lembut.
3.Bilas wajah dn tubuh anda dengan air suam.


Selamat Mencuba

Monday, November 8, 2010

Putihkan kulit dengan lulur kopi


Pancaran sinar matahari boleh menyebabkan kulit anda kelihatan kusam dan tidak bermaya.
Pernahkah anda terbaca atau mengetahui kekusaman kulit boleh dirawat dengan menggunakan serbuk kopi?

Sebuk kopi dipercayai boleh mengembalikan kecerahan kulit anda. Biji kopi yang telah dikisar halus akan menghasilkan minyak antioksidan yang bersifat menghalus, mencerah dan membuatkan kulit kelihatan lebih putih.

Buat sendiri lulur kopi.

  • 1/2 kg biji kopi
  • Olive oil / minyak zaitun secukupnya
  • Tepung sengkuang secukupnya.
Cara-caranya :
  • Tumbuk kopi bali sehingga setengah halus.
  • Tambah minyak zaitun dan tepung sengkuang. Gaul rata.
  • Sapu lulur kopi seluruh badan sambil digosok-gosok secara perlahan. Biar sekurang-kurangnya 1 jam supaya minyak yang terkandung pada kopi tersebut menyerap ke seluruh tubuh.
  • Bilas tubuh sehingga bersih dengan air yang telah dicampur dengan sedikit garam.
Selamat mencuba...