Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Monday, June 7, 2010

Mee Hoon Hongkong

Sesekali pekena Mee Hoon Hongkong pun sedap gak...Dah lama tak buat dah masakan nie.. Terlanjur tu nak kongsi la dengan kengkawan semua macam mana nak masak mee hoon nie.. Mesti ada yang lagi pakar masak mee hoon nie. Nie masak style saya plak...

Bahan-bahan dia : -

Dah tentu la bahan utamanya mee hoon

Mee Hoon rendam semalaman sampai lembut

Rencah dia boleh letak apa yang kita suka.. nak sedap letak daging, seafood, fishball..
Klu ayam rasanya kurang skit la kot...

Sayur sawi.

Cili besar dihiris, daun sup dan daun bawang untuk tabur.

Bahan penumisnya bawang besar/merah, bawang putih, sedikit halia. Blend semua.
Satu lagi serbuk lada sulah ataupun ada yang guna lada hitam.

Cara nak masak

Panas minyak, tumis bahan yang di blender hingga kuning dan naik bau..


Then, masuk rencah2 tadi. Masa nie bleh la letak serbuk lada sulah/lada hitam.
Jangan lupa letak garam dan serbuk perasa. Nanti tawar tak leh nk makan ...agak2 jer la....

Masukkan sawi

Masukkan pulak mee hoon yang dah direndam tadi kacau rata.

Kemudian masukkan cili besar yang dah dihiris2 tadi..

Haa...dah siap pun...tabur daun sup dan baun bawang yang dah dipotong2..

Nak lagi enak makan dengan sambal kicap..
Mmmm...ada masa cuba la masakan nie....


####....SELAMAT MENCUBA....>>>>

Contest Nota Cinta Nestle Coffee-Mate

Hai, rakan2 di luar sana...dan try ker Contest Nota Cinta anjuran Nestle Coffee-Mate?...

Jom arr...bukan susah pun..mana tau bleh dapat hadiah utama...Pakej Percutian ke Bali...tak nak lagi ker...jangan bertangguh lagi..

Saksikanla video NOTA CINTA yang meruntun perasaan anda..
Dan jangan lupa join contest tu, yer...

Selamat mencuba...



Sunday, June 6, 2010

Selamat Pulang Wira Malayisa

12 orang sukarelawan yang ditawan tentera rejim Zionis ketika menghantar bantuan kemanusiaan ke Ghaza telah pun selamat pulang ke tanah air.

Dalam insiden Isnin lepas, kapal milik Turki, Mavi Marmara, yang membawa sukarelawan serta bantuan kemanusiaan seperti perubatan telah diserang oleh tentera Israel menyebabkan sembilan sukarelawan, kebanyakannya rakyat Turki, terbunuh.

Kepulangan mereka telah disambut dengan penuh kesyukuran oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, para pegawai dari Wisma Putra dan anggota keluarga masing-masing.

Disamping kegembiraan menyambut kepulangan sukarelawan negara itu, ia juga dapat memberi gambaran mengenai kekejaman tentera Israil. Kita dapat menilai bagaimana situasi sebenar mengikut perspektif atau pandangan kita sendiri sebagai rakyat Malaysia..

Semoga Malaysia dapat mengekalkan kemerdekaan dan keamanan yang telah kita kecapi sehingga kini

...saksikan...

Thursday, June 3, 2010

Novel yang baru habis dibaca

Novel : Kuseru Namamu
Pengarang : Ilani Mysara
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd

Novel yang covernya gambar seorang wanita berpakaian ala-ala srikandi ni lama dah jadi hak milik aku..tapi baru kini abis baca..kadang2 keboringan tahap tapir + bluehyppo membuat aku dah membaca beberapa kali tapi tak abis2 menelaah novel nie...

Novel yang menceritakan kisah perjuangan, cinta, air mata dan pengorbanan seorang dewi dalam menamatkan sumpahan nenek moyangnya. Pelbagai dugaan yang dihadapi melibatkan pengorbanan cinta dan airmata dalam perjuangan untuk melunaskan sumpah yang berkurun lama menghantui keturunannya.

Memang boring nak baca kepada yang tak berminat dalam kisah2 bangsawan nie..boleh sawan nak mengabiskannya... Kisah selanjutnya baca la sendiri yek.. klu nak cerita kat sini sampai esok pun tak habis...

Ciuman Maut...

Hari nie aku terbaca tentang ciuman yang membawa maut kepada manusia...macam mana tu?.. Dalam akhbar Kosmo hari ini memaparkan berita tentang ciuman perokok yang boleh membawa kematian kepada kanak-kanak.

Menurut Profesor Robert Booy, seorang perokok berkemungkinan besar membawa sejenis bakteria berbahaya dalam kerongkong mereka. Bakteria ini mungkin berjangkit kepada kanak-kanak yang mereka cium. Kuman jenis meningococcus boleh berjangkit walaupun mereka merokok di luar rumah. Kuman ini boleh berjangkit kepada kanak-kanak yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah yang mengakibatkan meningitis dan seterusnya membawa maut.

Maklumat ini boleh kita kongsi bersama untuk kebaikan kersama demi anak-anak tersayang. Haa..macam mana perokok2 di luar sana?...Cuba la berhenti tabiat menghisap rokok.. Bukan apa, untuk kesihatan anda juga...

Wednesday, June 2, 2010

Twister Ayam Istimewa

Dua tiga hari nie aku terasa nak makan lain dari yang lain..haa...nie yang nak syer dgn u all nie. Menu dia Twister Ayam Istimewa...sajer bg nama tu..selera skit

Bahan-bahan dia ada kat bawah nie :-

Plain Flour..untuk wrap
Susah gak nak cari benda nie...kat mana senang nak dapat?. Nie pun satu peket jer. Harga bleh tahan

Daging ayam di potong kecil

Daging burger (digoreng), sosej (celur) dipotong ikut suka
Lada Benggala, bawang besar dan tomato potong dadu

Kicap, sos tiram, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah sebagai bahan perasa

Nak sedap lagi letak sos cili dan klu suka letak la mayonis

Cara-cara nak membuatnya senang jer.

Panaskan planta dalan kuali, tumiskan bawang besar hingga naik bau. Kemudian masuk daging ayam. Tumis hingga masak.

Masukkan sosej dan daging burger yang dah siap dipotong.
Letak serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, kicap dan sos tiram (ikut suka) untuk bahan perasa.

Masukkan lada Benggala dan tomato dan gaul sekejap, jangan lama2 sangat. Tutup api.

Panaskan keping plain flour atas kuali, api sederhana.

Letak bahan2 yang dah dimasak tadi. Letak sos cili dan mayonis. Klu suka bleh gak letak daun salad.
Kemudian gulung. Ikut la macam mana yang korang suka.

Dah siap. Nie la rupanya.


Mmmmm...sedap..Nak rasa buatla sendiri yer...




Tuesday, June 1, 2010

Ronda-ronda keliling kampung

Petang yang mendamaikan. Dengan menaiki "mosquito" kuning hitam, aku bersama suami tersayang meronda2 kawasan kampung. Selalunya hari raya jer baru masuk kat kampung nie. Kat situ sedara jer ada sbb family kami duduk kampung lain.

Bestnye dapat ronda-ronda lepas tensen.. hilang serabut kepala otak..

Sempat gak amik gambar. Sikit2 jer la..Klu banyak nanti orang cakap macam reporter lak..

Nie gambar Rumah Warisan Kampung Air Rawa, Gemencheh.

Yang nie Sekolah Kebangsaan Sungai Jerneh

Rumah nie baru selesai kenduri. Best kenduri kat kampung. Seronok tengok mereka bergotong-royong.


Yang nie tanah pusaka.

Selalu ronda2 kat KL makan asap, belum kira cuaca panas dan jalan "jam".
Lenyap rasa serabut kat kepala nie dapat hirup udara segar...