Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

Kalori dalam makanan...


Dalam keenakan menjamu selera, adakalanya kita kurang prihatin terhadap kandungan kalori yg terkandung dlm makanan yg kita mkn...


Sedap mmg sedap tapi akhirnya mengidap...mcm2 penyakit sampai..masa baru nk ingat..
Masa sihat mkn bukan ikut perut tp ikut tekak..

[INFO] Kandungan kalori dalam makanan
  • Beriani ayam = 877 kalori
  • Fish & Chips =850 kalori
  • Laksa (semangkuk) = 690 kalori
  • Nasi goreng ayam = 591 kalori
  • Soto ayam = 512 kalori
  • Nasi Lemak = 389 kalori
  • Burger Daging = 317 kalori
  • Ayam Goreng (seketul) = 271 kalori
  • Bingka Ubi (sekeping) = 220 kalori
  • Pisang Goreng (sekeping) = 170 kalori
  • Popia Goreng (satu) = 130 kalori
  • Karipap (sebiji) = 130 kalori
  • Kuih Lapis (sekeping) = 130 kalori
  • Bubur Kacang (semangkuk) = 100 kalori
  • Sandwich Sardin (sekeping) = 70 kalori
Byk nya kalori dlm makanan di atas.
semoga info nie dpt dijadikan panduan kita bersama dlm memilih makanan seharian utk menjaga kesihatan kita...

Sumber : KOSMO, Isnin, 25 April 2011
cari juga di : dietmate5mecche.blogspot.com dan pakarmakanan.wordpress.com


Friday, July 16, 2010

Aduh...aku keracunan makanan...

Gejala-gejala keracunan

* Rasa loya dan muntah-muntah

* Sakit Perut

* Cirit-birit

* Demam

* Sakit kepala

Langkah-langkah mengelakkan keracunan makanan

~ Pastikan tangan benar-benar bersih sebelum menyiapkan makanan, ketika memasak dan selepas selesai menyediakannya.

~ Cuci sebersihnya tangan sebelum makan.

~ Jangan biarkan makanan terdedah kerana takut dicemari kuman bakteria penyebab keracunan.

~ Jaga makanan agar kekal panas dan makanan dingin tetap sejuk.

~ Elak makan berisiko terutama yang sudah melebihi 4 jam.

Hati-hati memilih makanan ketika membeli-belah

> Periksa tarikh luput. Jangan beli yang dah tamat tempoh.

> Lihat label makanan untuk melihat jika terdapat kandungan allergen (penyebab alergi) dan mengetahui khasiatnya.

> Hindarilah makanan yang tampak busuk atau basi serta yang telah bertukar warna.

> Alak dari membeli makanan dalam tin yang telah rosak atau kemek.

> Elak dari membeli makanan berisiko tinggi atau beku yang diletakkan di luar peti pembeku.

> Beli makanan di tempat yang bersih.


Bakteria yang menyebabkan keracunan membiak dengan cepat.
Lebih dari 2 juta bakteria boleh didapati di dalam makanan hanya dalam tempoh 7 jam.


Antara makanan yang paling mudah dijangkiti bakteria ialah:

=> Daging, daging ayam dan daging itik

=> Produk tenusu

=> Telur

=> Nasi

=> Makanan laut

=> Pasta yang sudah dimasak dengan sala
d


Jaga kebersihan, elak keracunan...

Monday, June 7, 2010

Mee Hoon Hongkong

Sesekali pekena Mee Hoon Hongkong pun sedap gak...Dah lama tak buat dah masakan nie.. Terlanjur tu nak kongsi la dengan kengkawan semua macam mana nak masak mee hoon nie.. Mesti ada yang lagi pakar masak mee hoon nie. Nie masak style saya plak...

Bahan-bahan dia : -

Dah tentu la bahan utamanya mee hoon

Mee Hoon rendam semalaman sampai lembut

Rencah dia boleh letak apa yang kita suka.. nak sedap letak daging, seafood, fishball..
Klu ayam rasanya kurang skit la kot...

Sayur sawi.

Cili besar dihiris, daun sup dan daun bawang untuk tabur.

Bahan penumisnya bawang besar/merah, bawang putih, sedikit halia. Blend semua.
Satu lagi serbuk lada sulah ataupun ada yang guna lada hitam.

Cara nak masak

Panas minyak, tumis bahan yang di blender hingga kuning dan naik bau..


Then, masuk rencah2 tadi. Masa nie bleh la letak serbuk lada sulah/lada hitam.
Jangan lupa letak garam dan serbuk perasa. Nanti tawar tak leh nk makan ...agak2 jer la....

Masukkan sawi

Masukkan pulak mee hoon yang dah direndam tadi kacau rata.

Kemudian masukkan cili besar yang dah dihiris2 tadi..

Haa...dah siap pun...tabur daun sup dan baun bawang yang dah dipotong2..

Nak lagi enak makan dengan sambal kicap..
Mmmm...ada masa cuba la masakan nie....


####....SELAMAT MENCUBA....>>>>

Wednesday, June 2, 2010

Twister Ayam Istimewa

Dua tiga hari nie aku terasa nak makan lain dari yang lain..haa...nie yang nak syer dgn u all nie. Menu dia Twister Ayam Istimewa...sajer bg nama tu..selera skit

Bahan-bahan dia ada kat bawah nie :-

Plain Flour..untuk wrap
Susah gak nak cari benda nie...kat mana senang nak dapat?. Nie pun satu peket jer. Harga bleh tahan

Daging ayam di potong kecil

Daging burger (digoreng), sosej (celur) dipotong ikut suka
Lada Benggala, bawang besar dan tomato potong dadu

Kicap, sos tiram, serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah sebagai bahan perasa

Nak sedap lagi letak sos cili dan klu suka letak la mayonis

Cara-cara nak membuatnya senang jer.

Panaskan planta dalan kuali, tumiskan bawang besar hingga naik bau. Kemudian masuk daging ayam. Tumis hingga masak.

Masukkan sosej dan daging burger yang dah siap dipotong.
Letak serbuk lada hitam, serbuk lada sulah, kicap dan sos tiram (ikut suka) untuk bahan perasa.

Masukkan lada Benggala dan tomato dan gaul sekejap, jangan lama2 sangat. Tutup api.

Panaskan keping plain flour atas kuali, api sederhana.

Letak bahan2 yang dah dimasak tadi. Letak sos cili dan mayonis. Klu suka bleh gak letak daun salad.
Kemudian gulung. Ikut la macam mana yang korang suka.

Dah siap. Nie la rupanya.


Mmmmm...sedap..Nak rasa buatla sendiri yer...