* Rasa loya dan muntah-muntah
* Sakit Perut
* Cirit-birit
* Demam
* Sakit kepala
Langkah-langkah mengelakkan keracunan makanan
~ Pastikan tangan benar-benar bersih sebelum menyiapkan makanan, ketika memasak dan selepas selesai menyediakannya.
~ Cuci sebersihnya tangan sebelum makan.
~ Jangan biarkan makanan terdedah kerana takut dicemari kuman bakteria penyebab keracunan.
~ Jaga makanan agar kekal panas dan makanan dingin tetap sejuk.
~ Elak makan berisiko terutama yang sudah melebihi 4 jam.
Hati-hati memilih makanan ketika membeli-belah
> Periksa tarikh luput. Jangan beli yang dah tamat tempoh.
> Lihat label makanan untuk melihat jika terdapat kandungan allergen (penyebab alergi) dan mengetahui khasiatnya.
> Hindarilah makanan yang tampak busuk atau basi serta yang telah bertukar warna.
> Alak dari membeli makanan dalam tin yang telah rosak atau kemek.
> Elak dari membeli makanan berisiko tinggi atau beku yang diletakkan di luar peti pembeku.
> Beli makanan di tempat yang bersih.
Bakteria yang menyebabkan keracunan membiak dengan cepat.
Lebih dari 2 juta bakteria boleh didapati di dalam makanan hanya dalam tempoh 7 jam.
Antara makanan yang paling mudah dijangkiti bakteria ialah:
=> Daging, daging ayam dan daging itik
=> Produk tenusu
=> Telur
=> Nasi
=> Makanan laut
=> Pasta yang sudah dimasak dengan salad
Jaga kebersihan, elak keracunan...
No comments:
Post a Comment