Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Saturday, October 16, 2010

Berkedut tak semestinya buruk...

Terkejut..muka dh berkedut....!!!!

Kedutan tak semestinya buruk...
Ia melambangkan kematangan. Kedutan hadir bersama ketuaan tetapi ia juga lambang kebijaksanaan dan kuat bekerja.

Kedut di dahi melambangkan seseorang yang kuat berfikir..

Kedut di tepi mata, orang itu kuat tersenyum dan ketawa..

Wajah yang berkedut itu kadang2 lebih meyakinkan di mata orang. Kedut-medut selalunya selari dengan usia. Bayangkan kalau usia dah lanjut tetapi kulit masih tegang. Bukankah ianya aneh dan menimbulkan seribu persoalan?

Namun tidak salah utk berusaha mengatasi atau berusaha menghilangkannya jika ia dianggap buruk atau menghilangkan keyakinan diri. Merawat wajah itu penting kepada lelaki dan wanita asalkan tidak mengubah bentuk asalnya.

Salah satu daripadanya ialah habbatus sauda'
Rasulullah S.A.W bersabda,

"Dalam habbatus sauda' (nagella sativa)
terdapat penawar bagi segala
penyakit kecuali maut",

-Riwayat al-Bukhari.

Thursday, October 14, 2010

Bapa gigit anak...apa kes??...

Biasa yg kita dengar baby yg baru nk tumbuh gigi mmg suka menggigit..
Tp lain hal pula ada satu kes nie..Bapa gigit anak..
Ada ke patut?..
Tak patut..tak patut...

*

*

*


"Saya geram, saya tertekan, saya gigit anak saya" kata seorang bapa semasa merayu di Mahkamah Majistret Kajang semalam selepas mengaku bersalah kerana menggigit anak perempuannya yg berumur 3 bulan..Kesian budak tu....

Kenapa ye dia gigit anak dia?
Dah tak de keje lain ke dia?...
Pelik jugak!!!
?..?..?..?..

Puncanya, dia marah kat isteri dia sbb enggan memenuhi permintaanya supaya mengisi air dlm botol. Tak bleh isi sendiri ker?...Time mengada2 dh dtg la tu...

Yg kesiannya baby tu mengalami pendarahan bawah mata kanan, kesan gigitan di bahagian kaki kiri dan kanan serta bengkak di pipi kanan..
Kesian sungguh baby tu...

Kes ni bleh lah dikategorikan sebagai kegeraman yang melampau....
kecik2 dulu x puas menggigit kot...
Ha..ha..ha..

Tuesday, October 12, 2010

KHASIAT PELUK ISTERI


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

`Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

`Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

`Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

`Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.


So, apa tunggu lagi
Peluklah isteri anda...




GA : Sararisa 2nd Anniversary giveaway

Pagi buka blog ada nampak GA nie..
terasa nk join...
beleh ker tuan punya GA?...
Nampak cam menarik

#

#

#

GA nie kepunyaan Sara sempena masuk tahun ke dua blog dia
Nak join klik sini

Syarat2 dia agak mudah jer :-

-> Malaysian blogger (semestinya..)
-> add link blog Sara ke blog list u all (setel...)
-> jadi follower (dah..)
-> wat n3 berkenaan GA dan blog Sara (yuppp...)
-> copy banner GA & paste kat n3 u all & link back ke blog Sara
-> tinggalkan komen di bwh n3 Sara.

-> komen di chat box, email atau sms x akan dilayan.
-> tarikh tutup penyertaan ialah pada 17 Okt, jam 5.00 ptg.
Pemenang akan diumumkan selewat2nya 19 Okt 2010


Apa yg paling menariknya hadiah nie...
Miss Annaz mmg dh teruja sgt2 bila tengok ganjarannya...

Hadiahnya berupa barangan kecantikan dan penjagaan diri.bernilai rm100++
1.intimate wash dr gifarrine
2.deodoran
3.hand lotion
4.sabun brand l'occitane
5. 3 x lipgloss dr in 2 it
6.miniature tresor by lancome
7.eyeshadow 8 colors by giffarine
semua barangan ini adalah original...

Apa tunggu lg jom la join...

Monday, October 11, 2010

Labu gergasi

Besar sungguh labu nie...
Slalu yg kita lihat yg sedang2 jer..

Labu nie seberat 749 kg, di Lymington, England.

Labu nie di tanam oleh sepasang kembar Ian dan Stuard Paton di ladangnya Pine Tops di Lymington, Hampshire. Pasangan kembar ini telah menanam labu gergasi sejak 30 tahun lalu dan mendakwa berat labu ini bertambah sebanyak 12.7 kg setiap hari.

Labu gergasi satu setengah kali lebih berat daripada kereta Fiat.

Labu berukurlilit 17 kaki dan seberat 1,652 paun ini telah memecah rekod di Britain dan Eropah. Rekod labu paling berat di dunia ialah 1,725 paun dan mereka ingin memecahkan rekod dunia tersebut.

Saturday, October 9, 2010

Ungkapan Cinta

Teruna : " Akhirnya inilah saat yg ku tunggu sekian lama."

Dara : " Apakah kau rela kalau aku pergi?."

Teruna : " Tentu tidak! Jangan sesekali kau berfikiran seperti itu."

Dara : " Apakah kau mencintaiku?."

Teruna : " Sudah tentu. Selamanya akan tetap begitu."

Dara : " Adakah kau pernah berlaku curang?"

Teruna : " Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu."

Dara : " Maukah kau menciumku?"

Teruna : " Ya...."

Dara : " Sayangku...sudah 5 tahun kita nikah......"

*
*
*
*
*

Wah... seronok layan dorang mengungkap kata cinta...
Apakata baca mula dari bawah pulak....
Layan........

Tuesday, October 5, 2010

Jamuan Hari Raya Tadika Sang Kancil, Desa Rejang

Selasa lepas pagi2 lg aku dh bangun goreng mee hoon utk di bawa ke TSK. Ada majlis Jamuan Hari Raya..

Jamuan mula jam 9.30 pg, tp Aina pepagi dh sibuk suruh cepat2 siap.. Dia mmg slalu teruja bila TSK di mana dia bersekolah tu wat apa2 majlis.. Seronok agaknya dpt jumpa kengkawan. Al maklumlah kat rumah x der kawan..

Aina dengan baju merah nya..baju raya tahun nie..

Kedatangan dh amik, pas tu kena nyanyi lagu Selamat Hari Raya..

Baca doa makan..bersemangat mereka...

*

*

*


Masa utk menjamu selera

Nasi lemak & sambal telur

Selera Aina

Masa mak2 plak menjamu selera

*
*
*

Makan sudah, minum pun sudah..
Sekarang masa untuk bergambar


*

*
*

Anak2 TSK yg hadir... Sungguh ceria muka memasing..

*
*
Pakaian sedondon


*

*
*

Cikgu2 TSK Desa Rejang

Giliran mak2 plak berposing..

Beratur nk dpt duit raya...
Seronoknya mereka...

Mana tak seronoknya mereka, masa lepas makan jer mereka punya la kuat nyanyi ikut lagu Balik Kampung nyanyian Allahyarham Sudirman yang berkumandang di radio yang dipasang...