Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Sunday, August 14, 2011

Produk Babi..


Awas kepada produk yg berlabel "This product contain subtance from porcine" bermaksud "Produk ini mengandungi bahan daripada babi". Juga kepada produk yang berlabel "The source of gelatin capsule porcine" bermaksud "Kapsul dari gelatin babi".

Adakalanya kita yang kurang prihatin kepada label sesuatu produk akan tertipu kerana label-label tersebut menggunakan istilah sains. Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi :-

  1. Pork - Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
  2. Swine - Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
  3. Pig - Istilah umum unutk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50kg.
  4. Hog - Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.
  5. Porcine :- Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber berasal daripada babi.
  6. Boar - Babi liar.
  7. Lard - Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
  8. Bacon - Daging haiwan yang disalai termasuk babi.
  9. Ham - Daging pada bahagian paha babi.
  10. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
  11. Sow Milk : Susu babi.
Bahagian babi yang sering digunakan dalam penghasilan produk adalah seperti berikut :-

  1. PANKREAS - bagi menghasilkan insulin
  2. LEMAK - digunakan dalam proses penghasilan susu, alat kosmetik, perisa serta pewarna tambahan, tablet serta minyak.
  3. DARAH - digunakan dalam penghasilan serum atau vaksin serta tablet.
  4. TULANG - bagi penghasilan gelatin, cairan atau emulsifier dalam ubat, minuman dan makanan. Juga digunakan dalam penghasilan kalsium fosforus dalam produk ubat gigi serta susu.
  5. KULIT - penghasilan kologen dalam perkakasan kosmetik serta ubat bagi rawatan kecantikan.
  6. ORGAN DALAMAN - bagi penghasilan media fermentasi seperti etanol, laktat, aseton dan butirat.
Semoga dengan perkongsian maklumat ini dapat memberi panduan kepada kita, khususnya kepada orang Islam dalam memilih produk yang halal untuk kegunaan harian.




Friday, August 12, 2011

Kalah, Menang, janji main..

31 Julai 2011, Aina ada sukan di sekolahnya. Suka sangat dia dpt jumpa kawan2. Kat rumah sorang2 jer, kami jer yg layan dia.

Awal2 lagi incik asben dh berpesan kat dia. Aina nie kengkadang takut skit bila ada apa2 pertandingan. Masa kat padang jer dh wat muka sedih bila nampak kami. Kami pun tinggalkan ajer dia kat khemah dgn kengkawan dia.

Incik asben awal2 dh pesan kat dia.."Aina, tak kisah kalah ke menang ke, janji main, tau?" begitulah bunyi pesanannya.

Keputusan keseluruhannya rumah sukan Aina (Hijau) dpt nombor 3..jd la..Masa kat khemah incik asben sajer2 usik Aina.

"Apa la Aina..sukan dpt nombor 3".
"Ayah..kan ayah kata, kalah ke menang tak pe, janji main. Kan Aina dh kalah" jawab Aina selamba.

Tetiba ada kakak tu manyampuk.."Kalau nk kalah baik tak yah main"..

Incik asben mati akal..

"Menyesal plak abg ckp mcm tu kat dia"..

Aku hanya bleh gelak jer sbb Aina slalu buat kami mati akal..klu lawan cakap mmg kami slalu kalah..


Siapa Itu Sahabat Iblis?

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan para blogger sekalian. Dikesempatan ini Annaz nk kongsi tentang siapakah orang yang menjadi sahabat iblis.

Terdapat 10 kategori orang yang tergolong dalam sahabat iblis. Siapa mereka itu?..
  1. Hakim yang tidak adil
  2. Orang kaya yang sombong
  3. Pedagang yang tidak jujur.
  4. Peminum arak
  5. Penghasut
  6. Orang yang beramal kerena ingin nama (riak)
  7. Orang yang memakan harta anak yatim
  8. Orang yang mempermudahkan solat.
  9. Orang yang tidak mahu menunaikan zakat.
  10. Orang yang suka termenung (mengelamun)

Semoga kita tidak tergolong di dalam golongan sahabat syaitan...


Wednesday, August 10, 2011

Pelajar Malaysia cedera diserang


Asyraf Haziq, seorang pelajar Malaysia menjadi mangsa diserang dan disamun oleh sekumpulan belia lelaki yg terlibat dlm rusuhan di London.


Ketika kejadian, Asyraf, 20, pelajar tahun pertama pengajian perakaunan tajaan MARA di Kolej Kaplan sedang menunggang basikal dengan rakannya untuk berbuka puasa di rumah rakan mereka. Beliau yang patah gigi dan bengkak pipinya dihantar ke Hospital Royal London untuk dibedah.

Kejadian itu dirakam oleh org awam dan disiarkan di dlm YouTube.



Rakaman ini menunjukkan Asyraf terduduk selepas diserang dengan mulutnya berdarah. Tidak lama selepas itu, sekumpulan pemuda datang membantunya sambil beberapa daripada mereka membuka beg yang dibawanya dan mencuri dompet serta telefon bimbitnya. Seorang pemuda kemudian dilihat meninggalkan tempat kejadian menunggang basikalnya.

Rusuhan bermula di London tiga hari lalu selepas seorang lelaki ditembak mati oleh polis di Tottenham, utara London dan merebak ke banyak bandar. Rusuhan turut berlaku di Bayswater yang menempatkan Malaysia Hall, tetapi hanya kejadian kecil berbanding di tempat lain.

Semoga rakyat Malaysia yg ada di sana selamat dan kejadian ini tidak berulang lagi.


Thursday, July 28, 2011

Pertanyaan yang tak pernah putus...perlukah aku menjawabnya?....



Aaahhh!!! tensennya..
kenapa la mereka2 nie suka tanya soalan yg sama byk kali?!!!..
Tak puas2 lg ker?...
Padahal mereka pun bukan x pernah berada di tempat yg sama..

Mungkin mereka nie mmg suka busy body..
mungkin juga nk amik berat..
dan..mungkin juga mereka2 nie suka bercerabih..

Dulu masa bujang2 mereka sibuk tanya..
Bila nk kawin?
Dah ada bf/gf ke?
Apa lg nk tunggu...jgn memilih sgt..
Suka hati la..Aku yg nk kawin..
Bila sampai jodoh, kawin le aku...

Dh bertunang pulak..
bila nk kawin nie...tak elok tunang lama2..apa2 bleh jd..
darah manis...
Suka2 jer..bukannya mereka tau masalah kita..
ada yg x ckp budget lg...
ada persediaan yg x ckp lg...

Bila kawin..
Keje apa?..gaji besar ke?..hantaran berapa?
abis smua nk belek..

Bila dh berbulan kawin..
La..x jd lg ker?..takkan rancang kot..
dtg jer opis, naik mendidih telinga..
tak pandai la tu...
wah..wah..wah melampau nie..
smua tu rezeki Tuhan nk bg..bukan bleh terus jd jer..
mereka ni x pernah kawin ker?...

Bila dh mengandung..
Tu la..kan dh x larat..elok dulu senang2 dh dpt penyakit..
nie smua buatan org la nie..
Tu la tidur lasak..
Pulak dh...pening aku...

Bila dh bersalin..
tu la org ada anak, ko pun nk anak, kan dh x leh tido mlm..

Bila anak dh besar..
bila lg nak tambah, anak dh besar..dh berapa tahun dh?..
apa nk tungu lagi...
aduiii aiiii..!!!mcm nk cili2 jer mulut dorang nie..
x sudah2 dgn pertanyaan yg memedihkan telinga..
klu x sabar mmg bergaduh...

Peningkan nk layan pertanyaan dorang yg x pernah paham nie..
lebih baik pekakkan telinga...


Bukankah itu smua telah ditakdirkan?
Kita hanya mampu merancangkan, Tuhan yg menentukan..

Tentu ada di antara anda pernah tersepit dgn persoalan2 ini, kan?...



Bangau Oh Bangau



Layan nampak..
Bestkan? comel adik2 kat dlm klip tu..
Teringat masa kecik2 dulu menyanyi lagu nie..

Layan2 juga..
Tp lagu nie..

> sentiasa membuat seseorang mencari ALASAN atas sesuatu perkara yg berlaku
> memaparkan org yg suka menunding jari mencari kesalahan org lain
> menceritakan org yg x mengaku kesalahan sendiri sebaliknya menyalahkan org lain.

Jgn jd seperti watak2 yg terkandung dlm lagu nie..
di mana semuanya meletakkan sesuatu kejadian yg berlaku kpd org lain..
Jadi la seperti ular , watak last dlm lagu ini yg mengakui kesalahan sendiri dan tidak menunding jari kpd yg lain..

Walaubagaimanapun, yang baik jadikan tauladan, yg buruk jadikan sempadan


UNTUK RENUNGAN


Erti Hadis: Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]

Keterangan:

Imam Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin Beliau memberikan penjelsan seperti berikut:

“Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka.Maka yang demikian ini adalah haram”.

“Adapun orang yang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya”.

“Demikianlah yang dijelaskan oleh para ‘ulama dan begitulah cara mereka menghuraikan permasalahannya.Di antara ‘ulama yang berpendapat begitu ialah Imam Malik bin Anas, al-Khath-Thabi, al-Humaidi dan lain-lain”.

“Hadis ini sengaja diletakkan di peringkat awal ini supaya menjadi suatu peringatan kepada kita bila menghuraikan hadis hadis akhir zaman seperti apa yang dituliskan disini yang banyak mendedahkan tentang kemunduran umat islam dan kemerosotan moral mereka. Oleh kerana itu apabila kita cuba mengaitkan hadis-hadis tersebut dengan realiti umat islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ‘ujub dengan diri kita sendiri bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menunding orang lain.Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini yang diketengahkan, biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.

Mudah-mudahan Allah swt dengan limpah kurniaNya mencucuri kita rahmat, taufiq dan hidayah.

Amiin.




Wednesday, July 27, 2011

GA : BAJU RAYA 2011


Sila klik banner di atas utk lihat syarat2 penyertaan.
Due 31 Julai 2011

Tema baju raya keluarga Asya tahun 2011 ialah BIRU TURQUOISE