Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Saturday, September 10, 2011

Mee Sup..cincai2 jer...

Apa menu utk malam nie..x mau lemak2..x mau yg byk minyak2..
Haa..ada satu menu cincai2..mee sup..
Mana yg x tau nk masak apa, bleh la try...

Bahan2 :-
  1. Ayam potong kecik2
  2. Bawang putih, bawang merah, halia, sedikit lada hitam di blender.
  3. Kiub Pati Ayam
  4. Sawi.
  5. Fishball
  6. Telur
  7. Mee kuning
Cara masak :-
  1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bahan yg telah diblender hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam. Kacau dan biarkan sehingga masak. Masukkan fishball.
  3. Masukkan air. Dh mendidih masukkan kiub pati ayam
  4. Masukkan garam secukup rasa.
  5. Pecahkan telur ke dalam kuah dan masukkan sawi.
Ok. Dah siap pun. Boleh la dihidang dgn mee kuning...
Sorry, gambar x der



Thursday, September 8, 2011

SMS Hari Raya

Dekat2 nk raya ari tu mesti berdering2 hp u all dpt SMS ucapan hari raya...Mcm2 gaya & bahasa kengkawan hantar utk ucapkan Selamat Hari Raya..

Ada satu SMS nie aku terima...Mcm nk jual kuih raya pun ada tp yg tersebut bukanlah kuih raya.. Nak tau?.baca nie..

Kuih paling Gangster = Lompat Tikam
Kuih Paling Sexy = Puteri Mandi
Kuih Paling Keji = Taik Itik
Kuih bajet cute = Cek Mek Molek
Kuih utk awet muda = Seri Muka
Kuih Paling Alim = Kuih Ketayap
Kuih Penyakit Lelaki Kronik = Batang Buruk
Kuih suka pukul = Kuih Lompang
Kuih dalam zoo = Badak Berendam
Kuih utk Sam Polis Trafik = Sampret
Kuih yg bangun sendiri = Kuih Bangkit
Kuih orang x mandi = Kuih Bahulu
Kuih paling lembab = Kuih Siput

Apakah kuih pilihan utk rye sok?? Slmt hr rye..

Siap tanya nk kuih apa?..
Pandai dorang kenakan nama kuih2 tu dgn keadaan sekeliling..
Apa2 pun terima kasih kpd penghantar SMS..

Wednesday, September 7, 2011

Cerita Raya..

Salam Aidilfitri..

Semua org ada citer raya. So, aku pun x nak ketinggalan nk citer kat u all pasal raya tahun nie..terasa mcm terlambat jer nk bukak citer raya nie. Tp x kisah la janji dpt kongsi dgn u all.

Seperti biasa mcm tahun2 yg telah sudah. Persiapan sederhana jer. Aku cuti awal tahun nie. 26/8/2011 dah sampai kat kampung...awal ker? hehehe...Beraya di mana? tak der maknanya u all tanya coz bagi kami sama jer. Kampung dekat2.

Nk di jadikan citer, baju raya anak tertinggal kat rumah..adui..cam ner nie? Mlm tu jugak berangkat smula balik KL..giler..Baju anak punya pasal, nanti x seronok pulak raya..

Seperti tahun2 sudah malam raya kat rumah aku. Tahun nie x dpt berkumpul dgn smua adik-beradik coz ada yg raya rumah mertua.

Awal2 pagi aku dh bangun. Kejut smua adik2 bangun, mandi cepat2. Aku kat dapur siap juadah sarapan. Pagi raya pertama, kami berkumpul memohon ampun dan maaf kepada kedua ibu bapa dan adik-beradik.

Berkumpul utk sessi bersalam2an

Time utk menjamu selera

Mesra mak ayah..

Lepas tu baru sarapan. Habis jer tu aku n hubby bergegas kluar ke rumah mertua pulak.

Sambil tunggu smua org siap, sempat snap2 gambar..

Adik bongsu aku

Satu2nya cahayamata kami

Anak & ayah


Gambar keluarga sebelah suami..


Selesai bersalama-salaman, kami menziarahi kaum keluarga. Time nie budak2 paling seronok coz dpt duit raya.
Tak byk nk citer coz gambar pun x byk amik..


Wednesday, August 17, 2011

Contest : Nostalgia lagu raya dan ANDA


Salam semua..
kali ini Miss Annaz memenuhi pelawaan dari abah khalisha untuk join contest anjurannya Nostalgia lagu raya dan ANDA.

Klik banner contest utk lihat syarat2 penyertaan.

Lagu Air Mata Syawal dendangan Datuk Siti Nurhaliza amat menyentuh perasaan. Alunan lagu yg sayu menggamit perasaan kerinduan kepada emak dan ayah di kampung. Ingin rasanya pulang segera untuk mengucup tangan kedua mereka sambil memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran yang lalu.

Mak, ayah..tunggulah kepulangan anakmu yang jauh..

Hayatilah lagu nie..



Bergenang air mataku...



Utk Yang Tua Sahaja..



Ada yang berminat?..
Pastikan yg tua2 jer..


SeekingArrangement.com adalah satu laman web di Washington yang mengatur janji temu utk lelaki tua yg mencari pasangan gadis muda.

Laman ini mendedahkan akaun bank si lelaki tua dan jumlah elaun bulanan yg boleh diberikan kpd seorang wanita. So, wanita bleh la pilih yg berkenan..

Lelaki yang berminat pula akan membuka akuan dgn bayaran AS$50 (RM149) dan tambahan sebanyak AS$1,000 (RM2,981) setahun.

Menurut pengasas laman web itu, Brandon Wade, mereka akan dipertemukan utk menentukan keserasian. Yang tua pantang tengok dahi licin mesti merenyam2 la..Nasib baik kat Malaysia x der menda2 sebegini..
Macam2 dunia...


Tuesday, August 16, 2011

SELAMAT JALAN DUNIA PONDAN - AZWAN ALI

Hari nie tibalah harinya di mana buku SJD Pondan by Azwan Ali berada di pasaran. Azwan Ali menulis tentang pengalaman dan perjalanan hidupnya di dalam buku ini. Penulisan ini 100% hasil karya Azwan Ali sendiri.

Adakah Azwan Ali benar-benar terjebak ke dunia pondan seperti yang digembar-gemburkan oleh ramai pihak? Sama2 kita cari kebenarannya di dalam buku ini.

Lagu Tema



Semoga Azwan Ali bebahagia dengan penghijrahannya itu. Semestinya perubahan yang baik itu memerlukan sokongan dari orang sekeliling..

Gambar twitter..

Nampak ceria Azwan dgn hasil karyanya..


Monday, August 15, 2011

Helmet Unik


Tak tau la samada korang nk pakai tak helmet yg cam nie..itulah kretiviti manusia..
Klu bagi kat aku?..ntah..belum tentu aku nk pakai lg coz nampak pelik sesangat. Simpan wat koleksi bleh la..

"Good" merupakan sebuah firma pengiklanan di Kazakhstan menghasilkan imej hiasan pada topi keledar dgn hiasan seperti buah tembikai, bola tenis, otak manusia, potongan rambut dan pelbagai lagi.




Nak tengok lagi barang rekaan "Good" yg kretif kreatif, klik SINI