Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Monday, November 29, 2010

Puisi Gila Untuk Ariel, Luna dan Cut


Kes video hangat melibatkan 3 orang artis Indonesia memang menggegarkan dunia seni tanahair negara itu. Bahangnya terasa sampai ke sini.

Berbagai-bagai cara dilakukan oleh pihak penunuk perasaan anti-Ariel bagi meyampaikan pandangan mereka. Salah satunya ialah puisi berjudul Puisi Gila.

Pihak Front Umat Islam (FUI) telah mengadakan satu demontrasi di depan Pengadilan Negeri Bandung yang bertempat di Jalan RE Martadianata, Bandung pada Selasa lalu. Sepanjang persidangan mahkamah Ariel berlangsung, mereka berterusan menjerit agar sidang tersebut dilakukan secara terbuka.

Pelbagai spanduk menolak pornografi dan poster kecaman dibawa. Selain itu, mereka juga sempat membacakan puisi yang mengecam Ariel, Luna Maya dan Cut Tari.

Uniknya, setiap bait kata puisi tersebut diawali dengan huruf depan nama Ariel, Luna dan Cut Tari...

Sunday, November 28, 2010

REDAH AKU DAN KAU PUNYA - oleh Ben Ashaari

Siapa yang tidak kenal dengan Ben Ashaari, blogger yang terkenal masa kini. Encik Ben mmg slalu membantu blogger2 lain mempromosikan blog mereka..Tq Encik Ben.

Salah satu nie la nih...REDAH AKU DAN KAU PUNYA. Nak tahu lebih lanjut terjah la BEN ASHAARI : REDAH AKU DAN KAU PUNYA.

Redah punya redah yang miss annaz dapat nie la 5 entri Encik Ben yang paling menarik :-
Ok. Itulah saja 5 entri Encik Ben yang Miss Annaz rasa yang paling menarik untuk diterjah..

Sekarang nie tiba giliran untuk menerjah 5 entri Miss Annaz yang rasa2nya patut dan berbaloi untuk anda kunjungi :-

Itu saja setakat ini. Jom kita join rama2 supaya lagi bertambah meriah...

Friday, November 26, 2010

Hentikan Segera Penderaan Kanak-kanak

unicef
Get on board....klik sini

HENTIKAN SEGERA..!!!!!!



Anak-anak ibarat anugerah kepada pasangan suami isteri. Anak-anak adalah penyeri dan pengikat hubungan suami isteri. Merekalah penghibur dikala suka duka. Mereka juga lambang cinta seseorang yang sudah berumahtangga. Kehadiran mereka jua lah yang senantiasa ditunggu-tunggu selepas seseorang itu menjejakkan kaki ke alam rumahtangga..

Anak-anak ini juga merupakan tonggak negara. Mereka bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang. Mereka juga lah yang akan menentukan perjalanan kemakmuran, kesejahteraan, keamanan dan kemerdekaan negara yang selama ini kita kecapi.


Tetapi mengapa hari ini terdapat kes-kes penderaan, pembuangan dan pengabaian kanak-kanak yang senantiasa memenuhi di dada akhbar mahupun media elektronik?.. Dimanakah kesedaran dan keperimanusiaan mereka yang bertanggungjawab dalam membesarkan, memberi kasih sayang, memberi pendidikan yang sempurna dan menjamin keselamatan mereka?..


Lihatlah betapa kejamnya manusia hari ini...!!!!!

Untuk itu saya memang menyokong 100% kempen ini. Saya tidak mahu penderaan terhadap kanak-kanak berlaku lagi pada masa akan datang. Antara penderaan yang dilakukan individu yang tidak bertanggungjawab adalah :-

  • Penderaan Seksual - contohnya rogol dan cabul
  • Penderaan Fizikal - contohnya melakukan sesuatu yang mendatangkan kecederaan terhadap anggota badan kanak-kanak.
  • Penderaan Mental - contohnya melakukan sesuatu yang menjejaskan emosi dan pemikiran kanak-kanak.
Dengan menyokong dan menyertai kempen ini juga anda boleh memenangi sebuah Sony Cybershot W190 keluaran terbaru. Untuk maklumat lanjut klik di sini..

Hentikan segera perbuatan penderaan terhadap kanak-kanak. Kita juga pernah bergelar kanak-kanak juga. Hulurkan tangan anda hentikan penderaan kanak-kanak.

Sunday, November 21, 2010

Petua memutihkan kulit kerang

Kerang yang selalu kita beli di pasar selalunya jarang jumpa yang sudah dibersihkan. Kulitnya perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum dimasak.

Bagaimanakah caranya anda membersihkannya. Ada bermacam-macam cara yang digunakan. Ada di antaranya menggosok dengan berus. Tapi cara nie memenatkan jer dan buang masa. Ada yang guna pelepah pisang dan macam-macam cara lagi...

Mungkin cara ini yang paling mudah dan jimat masa.

Rendamkan kerang dengan air yang dicampur dengan serbuk soda bikarbonat dalam beberapa minit. Kemudian gaul-gaul kerang itu. Dan gosok sikit-sikit. Insyaallah...kulit kerang itu akan bersih.

Selamat Mencuba....

Friday, November 19, 2010

Aina pergi Majlis sambutan Deepa-Raya di Holiday Hotel Subang Jaya

18 November 2010 yang lalu, Aina dapat peluang pergi ke Majlis Sambutan Deepa-Raya kerjasama Bakti dan Holiday Hotel Subang Jaya.

Seawal jam 9.00 pagi Annaz dah siapkan si comel Aina. Annaz mmg nk Aina kelihatan cantik dan comel bila pergi mana-mana majlis. Siap beli baju lagi khas untuk pergi majlis tu. Tengok tu..bukan main seronok lagi dia...


sempat gak berposing dlm lif

Macam gaya model...


Klip nie dirakam oleh my hubby melalui berita kat TV

GA : viWy_gurLisH Giveaway

Terbaca ttg GA nie melalui blog cik Nina.
So, sbb tertarik terasa nak join GA nie.
Giveaway nie anjuran cik viwy_gurlish sempena bulan Aidiladha nie..



Syarat2nya...
- mestilah menjadi follower cik viwy_gurlish
- Buat special special post ttg GA nie & tinggalkan link
- Letak banner Ga kat sidebar blog memasing
- hadiah ditaja oleh viwy_gurlish
- tag kepada 2 rakan blogger yang lain...

Mudah sesangat..

Lihat hadiah nie..pasti anda tertarik nak mencuba kan?
Sebab tu miss annaz beriya2 nak join gak GA nie..

Klik kat sini untuk maklumat lanjut...

miss annaz nak tag sapa yek...???
Kakyong
cik zurazari


yang lain klu berminat bleh gak join...

Saturday, November 13, 2010

Bila berakhirnya jangka hayat produk kosmetik anda?...

Adakah anda seorang yang obses dgn alat2 mekap? Mungkin anda juga adalah pengumpul koleksi alat2 mekap? Terutamanya golongan wanita, kita selalu dan dah sememangnya dikaitkan dengan pengunaan alat2 kosmetik.. Dalam pada ralit menggunakan produk kosmetik anda itu, pernah atau tidak anda terfikir untuk memastikan bila jangka hayatnya berakhir? Bagaimana kita nak tau bila sesuatu produk kosmetik kita dah tak boleh digunakan lagi?...

Berikut adalah sebagai panduan kepada kita semua sebagai pengguna produk kosmetik :




Bedak Asas

Mampu bertahan selama 12 hingga 18 bulan bermula dari saat ia dibuka. Sekiranya
ia berubah warna dam mula mengeluarkan bau, maka hentikan penggunaannya.




Bedak Debu

Lazimnya bertahan sehingga 2 tahun. Manakala bedak padat pula bertahan hanya lebih kurang setahun kerana minyak yang terserap pada span akan merosakkan produk.




Penyamar noda

Biasanya boleh digunakan sehingga 12 bulan tetapi perlu menggantikannya dengan yang baru jika strukturnya mula padat dan menempel apabila disapu di kawasan bawa mata.



Pembayang Mata

Ia boleh bertahan sehingga 3 tahun tetapi sekiranya ianya mula merekah, tukarkannya kepada yang baru.





Pengaris mata

Ia dapat bertahan sehingga 3 tahun. Jika ia dalam bentuk pensil, pastikan matanya sentiasa tajam. Jenis twist-up pula adakalanya mudah kering dalam satu tempoh masa. Sekiranya ia agak kering selepas disapukan ke mata, maka ia tidak boleh digunakan lagi.


Maskara

Biasanya maskara akan bertahan sehingga 4 bulan. Jika terlalu lama, ia akan kering dan merekah. Oleh itu, jangan pam berus maskara terlalu kerap kerana udara mudah masuk melalui tiub maskara, seterusnya membuatkan maskara kering. Cara yang betul ialah memusingkan berus maskara dan keluarkannya dengan cermat.


Pengilat / pewarna kuku

Ia boleh bertahan selama sehingga 12 bulan. Jika kandungannya mula bertukar warna kekuningan, tukarlah kepada yang baru.




Pencuci & pelembab wajah

Sekurang-kurangnya bertahan dalam tempoh setahun. Pastikan anda menjaga kebersihan produk. Jangan sekali-kali memasukkan jari pada tiub atau balangnya. Guna kapas agar kandungannya tidak tercemar


Berus

Berus yang berkualiti akan bertahan dalam tempoh yang lama. Cuci dengan pencuci wajah yang lembut dan biarkannya kering. Cuci berus solek sekurang-kurangnya dua atau tiga minggu sekali.




Gincu

Sesetengah pakar berpendapat gincu bibir boleh bertahan antara satu hingga dua tahun. Sekiranya ia sudah mengeluarkan bau yang agak tengik, jangan gunakan lagi..

Memastikan jangka hayat alat kosmetik adalah penting kerana ia penggunaan produk yang jangka hayatnya sudah berakhir akan mendatangkan kesan buruk kepada kulit kita.