Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, May 18, 2011

Apa reaksi anda bila dpt tahu dlm air kat rumah anda ada......


Air merupakan satu keperluan harian manusia dan juga hidupan lain..
Nak membasuh, juga air..
Nak masak guna air..
Nak mandi, minum dan sebagainya..

Bersih ker air dlm tangki rumah anda?
atau bersih ker air yg disalur terus dari paip ke rumah anda?..
Kurang tahu, tak tahu atau tak amik tahu..
Tak pernah plak terfikir sampai ke situ...

Bagaimana reaksi kita bila dpt dlm tangki air tu ada bangkai binatang atau mayat manusia..
Eeeeiiiii!!!! yekkk..!!!!
mesti muntah terbelahak...

Laporan Straits Times, penduduk di beberapa buah flat di Woodlands tak sedar bahawa air yg mereka gunakan hari2, rupa2nya adalah air mayat. Air dlm tangki mengandungi mayat reput seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mati.

Tangki air di Blok Blok 686B, Woodlands Drive 73, Sembawang


Perkara ini disedari selepas ada aduan kpd Majlis Perbandaran Sembawang mengenai air paip kelihatan berwarna kekuningan dan agak berbuih.

"Kejadian ini amat menjijikkan. Semua keluarga saya memakan habis seperiuk sup kacang hijau yang dimasak pada pagi ini," kata seorang penduduk flat tersebut, Choi Ah Moi.

Seorang suri rumah berusia 33 tahun, Ally Lee pula berkata, pembantu rumahnya memasak mi sup untuk anak perempuannya dengan menggunakan air mayat tersebut. "Saya fikir saya mahu membawa anak perempuan saya berjumpa dengan doktor," katanya.

Pembantu rumah itu bekerja di sebuah flat di tingkat enam dan semasa ditemui mayatnya tersebut didapati mengalami luka di belakang badan selain memakai baju-T dan seluar bermuda.

Pengurus Besar Majlis Perbandaran Sembawang, Soon Min Sin berkata, semua air di lapan tangki itu dibuang dan dibasuh dengan menggunakan bahan pembersih kuman.- Agensi

Kembang tekak bila baca berita tu..mesti ada yg terbelahak bila dpt tahu selama nie mereka minuam air mayat...


Sumber : Kosmo




No comments:

Post a Comment