Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Sunday, July 28, 2013

Terbakar...

Tragedi yang mencemaskan. Semalam mak mertua sibuk menyediakan juadah untuk berbuka puasa. Mak mertua Annaz memang suka memasak. Tak boleh lawan kalau dia masak. Cepat dan pantas, yang penting sedap..

Semalam ramai ada kat rumah dia. Adik lelakinya dari Singapura, Annaz 3 beranak, adik ipar suami isteri, abang ipar 5 beranak termasuk yang 3 lagi sedia ada kat rumah tu.. Macam-macam yang dimasaknya..Nasi Ayam, sayur campur, sambal ikan tenggiri dan macam-macam lagi lah..

Tapi tragedi berlaku dengan pantas. Annaz baru jer beredar dari dapur ke ruang tamu untuk panggil incik hubby. Tetiba terasa bahang jer kat belakang nie. Bila Annaz toleh kebelakang, kelihatan mak mertua tengah mengibas api yang tengah marak. Annaz panik seketika coz tak pernah melalui situasi yang macam tu..


Apalagi, Annaz jerit la kat dorang yang tengah rancak berbual dan ada yang melayan anak buah main game.. Nasib baik ramai kat rumah tu.. 

Akhirnya api berjaya dipadamkan dan mak mertua pun dapat dapur gas yang baru...

No comments:

Post a Comment