Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Sunday, August 1, 2010

Cerita tentang nutrisi...

Kita kat Malaysia nie memang mewah klu sebut bab makanan...
macam lagu Jalil Hamid tu..
makan tu makan jugak..tapi khasiat yang terkandung dalam makanan yang kita makan juga perlu kita tahu..

Selama ini semua orang tahu vitamin itu baik untuk kesihatan kita tapi tidak tahu secara mendalam mengenainya...
Nak tahu?...Kena baca kat nie..

VITAMIN A

-> menggalakkan penghasilan dan memperbaiki tisu badan
-> pembentukan mata yang sihat dan penglihatan malam yang baik
-> agar sistem imun tubuh kuat

Sumber
-> Hati dan minyak ikan, telur, susu, lobak merah, keledek, bayam, sayuran hijau, pic dan aprikot
** Vitamin A boleh menjadi toksik jika diambil secara berlebihan

ASID AMINO

-> untuk menghasilkan hormon, enzim dan protein dalam tisu dan otot. Ada 9 asid amino penting yang perlu diambildaripada makanan dan11 lagi dihasilkan sendiri oleh tubuh.

Sumber
-> Daging, ikan, hasil tenusu, telur dan kacang.


VITAMIN B1

(Thiamin)

-> Bagi menukar makanan kepada tenaga.
-> Melancarkan fungsi saraf
-> Untuk tumbesaran otot.

Sumber
-> Gandum tulen, bijirin dan kekacang.


VITAMIN B2

(Riboflavin)

-> Untuk menghasilkan tenaga.
-> Bagi memastikan agar sel darah merah sentiasa sihat.
-> Untuk menghasilkan hormon tubuh.

Sumber
-> Hasil tenusu, daging, sayuran hijau seperti brokoli, asparagus dan bayam.


Vitamin B3
(Niacin)
-> Bagi menghasilkan tenaga.
-> Penting untuk proses penghadaman, peredaran darah dan fungsi saraf.
-> Menambah selera makan.

Sumber
-> Haiwan ternakan, ikan, bijirin, kekacang kering dan kacang pis.

VITAMIN B5
(Asid Pantothenic)

-> Untuk menukarkan makanan kepada tenaga.
-> Sangat diperlukan untuk penghasilan hormon penting, vitamin D dan sel darah merah.

Sumber
-> Dalam hampir kebanyakkan makanan.



VITAMIN B6
(Pyridoxine)

-> Membantu menukarkan makanan kepada tenaga
-> Mengekalkan tahap kesihatansel darah merah.
-> Menghasilkan antibodi.
-> Mengekalkan fungsi saraf.
-> Meningkatkan sistem imun badan.
-> Membantu mengelakkan penyakit jantung.

Sumber
-> Haiwan ternakan, ikan, telur dan bijirin

**Pengambilan vitamin B6 dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan kesukaran menyeimbangkan tubuh dan kecederaan pada saraf.


VITAMIN B12
(Cobalamin)


-> Mengeluarkan tenaga daripada makanan.
-> Memastikan sel darah merah dalam keadaan baik.
-> Membantu mengekal sistem saraf tubuh.
-> Meningkat sistem imun tubuh.
-> Membantu mengalakkan masalah jantung.

Sumber
-> produk tenusu, daging tanpa lemak, ikan, haiwan ternakan dan telur.

BIOTIN

-> Untuk memproses lemak, protein dan karbohidrat semasa metabplisme.
-> Membantu memindahkan karbon dioksida.

Sumber
-> keju, hati lembu, bunga kubis, cendawan, telur, dada ayam, salmon dan bayam.


VITAMIN C

-> Membantu menyembuhkan luka.
-> Menguatkan salur darah.
-> Membina rangkaian tisu badan.
-> Menyihatkan gusi dan membentuk gigi serta tulang yang kuat.

Sumber
-> Buah-buah sitrus, strawberi, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu batu dan pasli.


KALSIUM

-> Untuk menyokong tulang, gigi dan tisu otot.
-> Mengawal degupan jantung, fungsi saraf dan pembekuan darah.

Sumber
-> Produk tenusu, susu soya, salmon bersama tulangnya, sayur-sayuran hijau seperti brokoli.


KARBOHIDRAT


-> Membekalkan makanan pada tubuh,
-> Penting untuk keseimbangan makanan harian.

Sumber
-> Buah-buahan, sayur-sayuran, nasi, roti dan bijirin.

KOLESTEROL

-> Bagi membina sel-sel membran dan hormon. LDL yang dikenali sebagai Low Density Lipoprotein dianggap sebagai kolesterol jahat kerana terlalu banyak di dalam darah boleh menyebabkan masalah jantung.
-> Manakala HDL atau High Density Lipoprotein dianggap kolesterol baik kerana membantu menghapuskan LDL.

Sumber
-> Daging, haiwan ternakan, ikan, produk tenusu dan telur.


VITAMIN D

-> Membantu tumbesaran tulang dan menguatkan gigi.

Sumber
-> Susu, kuning telur dan ikan seperti hering, kipper dan mackerel.


VITAMIN E

-> Bertindak sebagai antioksida berkesan untuk melindungi membran sel.
-> Penting untuk sel darah merah.
-> Membantu pernafasan dan melindungi paru-paru daripada pencemaran.

Sumber
-> Minyak sayur-sayuran, sayur-sayuran hijau, biji benih, kekacang, makanan laut, epal, lobak merah dan saderi.

ASID LEMAK OMEGA 3 DAN OMEGA 6

-> Untuk membina membran sel, hormon dan prostaglandin.

Sumber
-> Minyak sayur-sayuran seperti canola, walnut, jagung, kacang soya dan minyak ikan.

SERAT

-> Untuk merendahkan tahap kolesterol dan gula dalam darah.
-> Membantu sistem perkumuhan.
-> Mampu mengurangkan masalah jantung, barah kolon dan diabetis.

Sumber
-> Buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

FOLATE

-> Membantu tumbesaran dan pembahagian sel.
-> Mengurangkan risiko kecacatan semasa bayi dilahirkan.
-> Penting untuk sel darah merah.
-> Dperlukan untuk pembentukan asid amino.

Sumber
-> Sayuran berdaun hijau, kekacang kering, hati, haiwan ternakan, bijirin diperkaya dan oren.

Florida

-> Untuk kesihatan gigi.

Sumber
-> Teh, ikan bersama tulangnya, makanan yang diproses.

Glukosa

-> Gula ringkas yang merupakan sumber utama tenaga dalam tubuh.

Sumber
-> Semua jenis karbohidrat yang dipecahkan kepada gula ringkas dan diangkut sebagai glukosa dalam darah. Karbohidrat boleh didapati dalam buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan produk tenusu.

IODIN

-> Menghasilkan hormon tiroid yang mengawal metabolisme.

Sumber
-> Udang kara, udang kecil, roti dan susu.

BESI

-> Menghasilkan hemoglobin dalam darah dan myoglobin dalam otot yang berfungsi membekalkan oksigen kepada sel-sel tubuh.

Sumber
-> Daging, ikan, haiwan ternakan, telur, bijirin dan sayur-sayuran berdaun hijau.

** Zat besi tambahan walaupun dalam amaun yang kecil boleh menjadi toksik kepada kanak-kanak

PROTEIN

-> Untuk memastikan tubuh dapat menjalankan sehala fungsi dengan baik.

Sumber
-> Daging, telur, produk tenusu, kekacang, bijirin dan sayur-sayuran.

ZINK

-> Penting untuk tumbesaran tubuh yang normal dan sistem imun tubuh.
-> Membantu mengekalkan tahap kesihatan kulit, rambut dan tulang.

Sumber
Daging, Hati, tiram, telur dan produk tenusu.

Dengan perkongsian maklumat ini sama2 lah kita mendapat manfaat dari apa yang kita makan sehari-harian..


1 comment: