Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Monday, February 21, 2011

"World's Biggest Family"...

Bagaimana agaknya memiliki sebuah keluarga yang besar? Pada masa sekarang tak ramai orang memiliki ramai anak.

Tapi lain pula ceritanya dengan seorang lelaki India, Ziona Chana. Beliau memiliki 39 isteri, 94 anak, 14 menantu perempuan dan 33 orang cucu. Keluarga ini dipercayai merupakan keluarga paling besar di dunia.


Ziona Chana tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah empat tingkat yang terletak di bawah bukit di kampung Baktwang, Mizoram. Rumah itu mempunyai 100 bilik.

Untuk makan satu malam sahaja, sebanyak 30 ekor ayam diperlukan untuk dijadikan juadah disamping 60 kilogram kentang dan 99.79 kilogram beras.


Keluarga itu diselia dengan disiplin seperti tentera. Isteri yang paling tua akan memastikan madu-madunya melakukan kerja-kerja rumah. Sistem keluarga ini dikatakan berasaskan kasih sayang dan saling hormat menghormati.

Chana merupakan ketua ajaran yang membenarkan ahli-ahlinya untuk mengahwini seramai mana isteri yang mereka mahukan. Dia sendiri pun pernah berkahwin sebanyak 10 kali dalam setahun. Sehingga kini, Chana mengaku tidak pernah berhenti mencari isteri yang baru. Untuk mengembangkan ajarannya, beliau sanggup ke Amerika Syarikat (AS) untuk berkahwin.

Info : Kosmo
Gambar diambil dari whatonsanya.com

2 comments: