Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Tuesday, February 15, 2011

Rawat Rekahan Tumit Kaki

Rekahan di bahagian tumit kaki sering terjadi terutama di kalangan kaum wanita. Kulit yang kasar, keras dan merekah itu kadangkala menimbulkan kerisauan dan kurang enak dipandang.

Terdapat pelbagai produk di pasaran yang boleh didapati untuk merawat rekahan tumir kaki. Namun begitu ia boleh juga dirawat menggunakan kaedah semulajadi.

Buah mengkudu atau nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan dan kecantikan. Buah mengkudu juga boleh digunakan untuk merawat rekahan tumit kaki.

Caranya, bersihkan kaki anda. Gosok tumit kaki yang pecah dengan alat untuk membuang kulit-kulit mati yang boleh didapati dipasaran. Kemudian gosokkan buah mengkudu yang telah dipotong ditumit kaki anda. Lakukan selalu untuk mendapat tumit kaki yang cantik. Selamat mencuba...

No comments:

Post a Comment