Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Thursday, February 10, 2011

Cuti-cuti di Pulau Langkawi

Sempena cuti panjang Tahun Baru Cina yang panjang, aku bersama suami tercinta dan puteri kesayangan pergi ikut rombongan ke Pulau Langkawi. Belum pernah menjejak kaki ke pulau lagenda Mahsuri tu..excited rasanya.

Pada 2 Februari 2011 seawal jam 10.00 mlm, kami menaiki bas menuju ke Pulau Langkawi. Yang paling seronok, Aina la..Jalan2 mmg kesukaan dia...Sampai di Jeti Kuala Perlis kami terpaksa menunggu sbb feri pukul 10.00 pagi...Apa2 pun kami isi perut yang dah berkeroncong...

Suasana di jeti penuh sesak. Semua nk menuju ke Pulau Langkawi menghabis waktu cuti panjang. Bila dah naik feri lega rasa hati dapat melepaskan diri dari kesesakan tempat menunggu di jeti itu. Di Pulau Langkawi kaki menaiki bas menuju ke tempat penginapan. Hotel Budget di Pekan Kuah. Terkilan juga sebab pada awalnya kami dimaklumkan akan menginap di chalet yang tempatnya tak dimaklumkan pulak.

Hari pertama sampai, tiada sebarang aktiviti. Kami naik ke bilik masing-masing tidur aja. Melayan mengantuk tak tidur dalam bas. Bangun tidur call kawan ajak keluar jalan2. Kat belakang hotel ada Pasaraya Sakan dan ada Kamdar. Sekadar tengok2 jer...

Sebelah malam plak, kami ronda2 kat bazar kat Pekan Kuah. Meriah gak la bazar tu. Habis tu, kami singgah di Hj. Ismail Group beli coklat.. Mmg dah jd kemestian, bila ke Langkawi mesti beli coklat dan pinggan mangkuk. Orang kata kat sini coklat murah. Mmg pun jika nak dibandingkan sekiranya kita beli di mana2 pasaraya. Borong...borong...

Penat2 berjalan, singgah minum di kedai makan masakan Thai..Harga bleh tahan..ha..ha..ha..Balik ke bilik meluruskan kaki dan melelapkan mata sbb esak pukul 8.00 pagi dan nk pergi ronda2...

Keesokan hari, tempat pertama yang dituju ialah tempat pembuatan minyak gamat, MH Saujana.

Ada yang pilih2 ubat, ada yang amik kesempatan merasa uratan dengan minyak gamat, ada yang mencuba rasa air ubat yang disediakan. Aku sempat jugak menjengok dapur tempat membuat minyak gamat.


Habis itu, kami singgah pula kat tempat menjual kain batik dan juga tempat menjual ikan bilis. Dorang pun apa lgi borong jer apa yang ada. Sesekali berbelanja lebih. Aku cuma beli 2 peket anak sotong kering. 3 beranak jer yang nak makan.


Kemudian kami di bawa melawat Makam Mahsuri dan sekitarnya.

Lagenda Mahsuri memang masyhur. Dimana seorang wanita bernama Mahsuri menjadi korban fitnah hasutan manusia yang dengki dan iri hati. Sumpahannya menjadi nyata dimana Pulau Langkawi menjadi hancur dan musnah selama 7 keturunan. Walaupun ianya hanya lagenda, namun kesan2 yang ditinggalkan cukup menjadi pengajaran pada mereka yang mahu mengambil iktibar dari
peristiwa itu.



Lokasi seterusnya Beras Terbakar.

Kawasan beras yang terbakar itu berdekatan dengan rumah milik Ku Halim bin Ku Hassan. Pada hari ini tiada lagi kelihatan beras2 yang terbakar hanya kawasan kecil berpagar yang ditumbuhi rumput2 kecil ada seperti kesan terbakar.



Kami singgah di situ agak lama kerana hari Jumaat. Yang lelaki solat Jumaat dulu, yang perempuan membeli-belah..

Setelah sudah waktu solat Jumaat kami menuju ke Langkawi Cable Car. Aku dan suami mmg dari mula teruja nak merasa pengalaman menaiki Cable Car. Tapi apakan daya setibanya di sana kelihatan barisan manusia yang amat panjang. Terkuburlah hasrat nak naik Cable Car. Masing2 mengeluh la tak dapat naik.

Lepas tu dengar mereka kata nak naik bot keliling pulau. Seronok tu. Aku dah pakat dgn kawan nk sewa bot yang sama. Satu bot RM 200 bleh syer. Tapi kecewa jugak sbb singgah kat Idaman Mahsuri lama sangat. Kata 1 jam jer. Tapi biasalah kalau dah ramai. Dorang shopping pinggan mangkuk.

Last sekali kat Dataran Helang jer. Bergambar kat sana.

Rasa macam tak puas pulak berkunjung ke Pulau Langkawi nie sebab banyak tempat tak pergi dan banyak hasrat tak tercapai. Suatu hari nanti aku pasti ke sana lagi...

2 comments:

  1. best g langkawi.... tp yg tak best bila ramai sgt manusia kat sana kan... stresss jek... takpe len kali g ngan famili jer... leh pusing sana puas2 kan.... naik cable car ngan pusing 3 pulau tu best sgt2... len kali g yekk...

    ReplyDelete
  2. dh lama x g langkawi, sejak zaman anak dara dulu. teringin nk g dgn my hubby and kids pulak..

    ReplyDelete