Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Monday, November 25, 2013

Hutang

Hari nie ada sorang uncle (cina) datang ke rumah. Dari jauh dah dengar dia terjerit-jerit panggil.

"Kawan...kawan.." panggilnya sambil mengetuk pintu. Annaz pun buka pintu dan nampak seraut wajah seorang tua.

"Lu punya laki mana?" tanyanya.

"Belum balik lagi la, uncle. Hari nie dia balik lambat".

"Ya ka?. Dulu minggu saya ada pinjam wang sama dia, RM50. Saya kata mau bayar hari minggu tapi saya tak ada wang. Itu tauke belum bayar gaji. Dia kata itu kereta siap, baru dia bayar wang sama saya" bersungguh-sungguh dia menerangkan keadaan yang sebenarnya kepadaku.

Annaz kenal uncle nie hampir 8 tahun lebih. Masa tu dia jiran sebelah rumah, sebelum kami dipindahkan ke kawasan perumahan yang baru. Walaupun di blok yang sama, tapi tingkat yang berlainan.
Uncle nie memang susah tapi rajin kerja walaupun kelihatan uzur. Kesian juga tengok dia walaupun kami berlainan agama dan kepercayaan. Pernah suatu ketika Tahun Baru Cina, uncle nie datang ke rumah hantar satu kotak limau. Tapi bukan itu persoalannya. Disebabkan dah janji nak bagi limau tu, dia sanggup menapak naik tangga dari tingkat 2 sampai ke rumah kami di tingkat 15. Masa tu lif rosak. Oleh yang demikian, tidak ada salahnya Annaz bertolak-ansur dengannya.

"Tak apa la, uncle. Bila-bila jer la..  tunggu sampai uncle ada wang nanti, baru bayar, ok" kata ku..

"Ya ka? Malu la saya..hari tu kata mau bayar" katanya. Muka macam serba salah.

"Tak pa, tak pa. Nanti saya bagi tau suami saya, ok.."

Tujuan Annaz kongsi citer nie bukan nak menunjuk-nunjuk tapi nak berkongsi dengan korang yang walaupun kita berlainan bangsa, agama dan kepercayaan, kita harus tolong menolong. Kepada yang berhutang, haruslah melunaskan hutangnya dan jangan lupa menghubungi orang yang dia berhutang itu supaya tidak berlaku salah faham dan permusuhan. Jangan lari hutang...

Firman Allah, “Dan jika (orang yang berhutang itu) dalam kesusahan, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan sedekahkah (halalkan sebahagian atau semua), itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.” (al-Baqarah: 280)

Masih ingat kata-kata Ustazah Dr. Rubiah K. Hamzah dalam ceramahnya kat opis tadi. Katanya,
"Sesuatu harta itu bukan lagi rezeki kita selagi ia tidak memberi manfaat kepada orang lain."


4 comments:

  1. btl3.. hutang perlu bayar.. hehehe

    ReplyDelete
  2. walaupun 5sen, hutang tetap kena bayar.. itulah pesanan cikgu sy masa darjah 6 yang saya simpan sampai sekarang.. :)
    bagusnya uncle tu.. sekurang2nya dia tak buat orang mara sebab senyap je kan.. :)
    kadang tak sampai hati dibuatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uncle tu memang baik. Kadang2 ada gak jumpa dia amik angin kat Taman permainan kanak2. Muka sugul jer..

      Delete