Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Wednesday, April 21, 2010

SHOPPING KAT JUSCO


Saje nak kongsi cerita pergi shopping barang untuk anak kat JJ semalam. Hari nie sekolah tadika buat lawatan ke KLCC. Nak juga cari kasut baru untuk dia..ye la kanak-kanak nie seronok kalau dapat barang baru.

Sampai je kat JJ nk makan KFC pulak..Tadi baru je lepas makan. Bagi alasan cari barang dulu. Bukan apa, membazir. Nanti bukan habis makan pun.

Macam selalu la, nak cari saiz kasut dia memang susah. Kaki jenis kembang. Try satu tak boleh..tukar yang lain pulak.

Habis satu bab cari kasut, nak baju ngan seluar sekolah la pulak. Dah dapat nak stokin. Stokin budak-budak pun harga kalah stokin orang tua. Dalam pada pilih kasut, dia dah capai beg yang dia berkenan. 'Power Puff Girl'. Tak boleh tidak, nak jugak. Pas tu nak botol air pulak. Botol air je dah RM 16.90. Pergi lawatan tak sampai satu hari, macam-macam dia nak..

Tak kisah lah tu. Asal dia gembira...

1 comment: