Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Monday, April 26, 2010

Nostalgia Basikal Tua

Riang hatiku badan bertuah
Punya teman yang comel dan manja
Berjanji akan selalu bersama
Menemani ku setiap masa

Aku hidup serba sederhana
Tiada harta tiada rupa
Hanya yang ada budi bahasa
Harta sekadar basikal tua

Mendengar lagu "Basikal Tua"Allahyarham Sudirman Hj Arshad, teringat kenangan masa lalu. Di mana seorang tua yang kini telah meninggal dunia. Sebuah basikal tua sebagai tunggangan ke mana sahaja.

Seorang tua yang amat aku sayangi yang abadi dalam ingatan ku setiap masa selagi hayat dikandung badan. Dia arwah datuk ku..Semoga rohnya dicucuri rahmat. Nostalgia ini ku abadikan di sini untuk dikongsi bersama.

Seorang lelaki tua, tanpa sepatu gagah mengayuh pedal basikalnya untuk mencari rezeki, ke pinggir getah, menghantar buah hasil tanamannya ke kedai. Begitu cekal hati seorang tua meredah cuaca panas dalam memenuhi tuntutan hidup...

Aku pernah membonceng basikal itu untuk pergi dan balik ke sekolah. Waktu itu masih 6 tahun. Sudah lama, sudah ingat-ingat lupa. Tapi tak pe la..kenangan walaupun sedikit akan ku abadikan dalam diari hidup ku...

Sehingga ke waktu ini, diri mu sentiasa dalam hati ku. walaupun ia hanya nostalgia Basikal Tua...

No comments:

Post a Comment