Pages

Follow Me

Tinggalkan Link Anda...

NuffnangX

Tuesday, May 18, 2010

Perginya seorang yang aku kenali...

Pada 13 Mei 2010 kita dikejutkan dengan berita pemergian bekas wartawan karangkraf, Aida Rofiza bersama kandungannya yang berusia 3 bulan. Aku memang mengenali allahyarhamah kerana dia adalah adik angkat kepada suamiku dan kakaknya juga adalah kakak angkat suamiku.

Kami telah sekian lama tidak bertemu. Kali terakhir kami bertemu di sebuah pusat membeli-belah di Seremban tapi tak berapa ingat bila tarikhnya. Kami amat terkejut mendengar berita pemergian beliau. Kami mendapat khabar dari kakak beliau yang telah menelefon memberitahu berita sedih itu.

Kami telah merancang untuk berkunjung ke rumah beliau pada cuti yang akan datang. Namun apakan daya, takdir tidak menemukan kami dengan beliau.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..aminn...

2 comments: